Pembabitan beliau dalam kemajuan negeri Melaka Mohd_Ali_bin_Mohd_Rustam

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka

Pada tahun 2010, Negeri Melaka telah mencapai status negeri maju, mampan dan negeri bandar menerusi pengukuran 32 indikator OECD dan MURNInet. Pencapaian status tersebut memberi kelebihan dan kekuatan (niche) yang unik kepada Negeri Melaka untuk menyumbang kepada pencapaian wawasan negara menjelang tahun 2020. Berdasarkan kelebihan ini (competitive advantage), Kerajaan Negeri telah menetapkan Misi Negeri Melaka menjelang tahun 2020 dengan memberi penekanan kepada tiga (3) objektif berikut:

- Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state);

- Memperkukuhkan status negeri bandar (city state); dan

- Meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green technology state).

Slogan “Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau” telah dipilih untuk menggambarkan hasrat dan misi tersebut.

Hasrat menjadikan Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau diterjemahkan menerusi kerangka UN-UEA yang memberi tumpuan kepada (7) bidang utama ini iaitu :-

i. Tenaga

ii. Pengurangan Sisa

iii. Rekabentuk Bandar

iv. Alam Sekitar Bandar

v. Pengangkutan

vi. Kesihatan Alam Sekitar

vii. Air

Tujuh (7) sektor utama ini seterusnya dibahagi kepada 21 sub-bidang dan 170 indikator pengukur bagi memudahkan pencapaian visi Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Matlamat Kerajaan Negeri Melaka memilih konsep “Negeri Bandar Teknologi Hijau” haruslah difahami oleh setiap rakyat Negeri Melaka, kerana di dalamnya tersirat pesanan yang amat penting kepada generasi masa kini, iaitu “Kita hanya meminjam negeri ini dari anak dan cucu kita”. Bumi ini tidak ada penduanya. Melaka hanya satu. Ekosistem yang sihat merupakan penentu kepada kesejahteraan fizikal ekonomi Negara.

Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 

Penubuhan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam

Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI) ditubuhkan pada 22 Oktober 2008 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin oleh YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah NGO Negeri Melaka yang bertindak untuk mempromosi Melaka melalui usahasama dengan syarikat-syarikat lain di dalam melaka. Di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Memajukan Kawasan Mukim Tanjung Minyak

Beliau telah mengetuai projek memajukan kawasan tanjung minyak dengan cogan kata "MUKIM TANJUNG MINYAK KE ARAH BANDAR PEMODENAN". Beliau telah merancang untuk membina taman perumahan seperti Taman Rambai Jaya, Taman Tanjung Minyak dan Taman Rambai Utama.

Produk Pelancongan Negeri Melaka

Penubuhan Melaka River Cruise yang juga dikenali sebagai Venice of the East[5][6] merupakan ilham dan idea cetusan beliau.[7][8] Hasil sumbangan idea beliau lain adalah dalam pembinaan Masjid Selat Melaka[9][10] dan juga Menara Taming Sari.[11]

MELAKA MAJU 2010

Pengisytiharan Melaka negeri maju dibuat selepas Melaka telah memenuhi 32 indikator mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengerusi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris.  Pengisytiharan oleh Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan kredibiliti Melaka sebagai sebuah negeri maju bertambah kukuh.

Kerajaan Melaka memilih tarikh dan masa unik bagi perisytiharan Melaka Maju 2010[12][13] iaitu pada 20.10.2010 (20 Oktober 2010), jam 20.10 malam (8.10) di stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai negeri Bandar Teknologi Hijau.

OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai diguna pakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

Melaka telah memenuhi syarat indikator ini dengan mempelbagaikan projek pembangunan fisikal, ekonomi, insaniah dan rohaniah dengan teratur, terancang, sistematik dan seimbang meliputi semua kaum di dan bandar dan luar bandar. Melaka juga adalah salah satu negeri  yang mencatatkan kadar pengangguran, kemiskinan dan kadar jenayah yang terendah di seluruh OECD.

Melaka telah menetapkan dua strategi untuk mengekalkan Melaka Negeri Maju iaitu strategi makro dan strategi mikro. Strategi makro adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu. Melaka juga berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD.

Strategi mikro pula  menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh peruntukan untuk membina baru/membaiki rumah rakyat, membantu fakir miskin melalui MAIM, membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir  dan memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan. Kadar kemiskinan telah mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD.

Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan wawasan baru untuk tempoh 10 tahun akan datang iaitu menjadikan melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau. Langkah pertama telah pun diambil menerusi penubuhan lembah solar dunia melaka di taman perindustrian Rembia, Alor Gajah.

Dengan perisytiharan Melaka Maju 2010 dapat Memajukan Industri Pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi (GDP) dan penjanaan peluang pekerjaan Negeri Melaka dan menarik lebih ramai pelancong agar berkunjung ke Melaka menjelang 2010.

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Ali_bin_Mohd_Rustam http://www.asiaone.com/travel/melakas-appeal-lies-... http://www.mohdalirustam.blogspot.com/ http://mohdalirustam2.blogspot.com/ http://www.theborneopost.com/2010/10/02/sg-melaka-... http://undi.info/# http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=980... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/mas...